29 Mar 2012

Kesalahan Umum Tatabahasa Berkaitan Kata Ganti Diri



1. Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan sebagai kata ganti kepada nama manusia sahaja. Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada haiwan atau benda.

Ayat Contoh :
a) Si Tompok sangat comel. Ia juga manja. ( Salah )
b) Si Tompok sangat comel dan manja. ( Betul )

2. Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan.

Ayat Contoh : 
a) Mereka-mereka akan bertolak pada pagi esok. ( Salah )
b) Mereka akan bertolak pada pagi esok. ( Betul )

Perkataan mereka sudah membawa maksud banyak / jamak. Jadi tidak perlu digandakan lagi.

3. Kata ganti nama diri beliau digunakan untuk orang yang dihormati seperti pemimpin, guru, ibu bapa dan lain-lain lagi.

Ayat Contoh :
a) Penjenayah yang dikehendaki itu telah ditangkap. Beliau akan didakwa tidak lama lagi. ( Salah )
b) Penjenayah yang dikehendaki itu telah ditangkap. Dia akan didakwa tidak lama lagi. ( Betul )

4. Kata ganti nama diri   ia   dan  nya   tidak boleh digabungkan menjadi ianya kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama.

No comments:

Post a Comment