20 Jun 2013

Fonetik dan Fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI
Fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia. Manakala Fonologi adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa yang bermakna itu digunakan secara sistematik untuk membentuk kata atau ujaran Menurut Crystal(1980:268)
Fonologi adalah satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa. Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
1 Fonetik Artikulasi 
Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.
2 Fonetik Akustik 
Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.
3 Fonetik Auditori 
Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.
Memperkenalkan fonetik dan fonologi. Memperkenalkan pendekatan berlainan dalamkajian fonetik.
artikulasi (alat)
auditori (dengar)
akustik (sifat bunyi)KONSEP FONETIK 
Fonetik ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti selok-belok bunyi bahasa yang hanyadihasilkan oleh manusia dalam pertuturan.
Bunyi-bunyi yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi lain ataupun bunyi-bunyiyang selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi menyerupai bunyi bahasa manusia, hatta bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada organ-organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yangdiucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia ataupun bunyi yang mungkin dihasilkan oleh alatartikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyisendawa, bunyi dehem, bunyi berdengkur dan yang seakan-akannya bukanlah dalam penelitian ilmu fonetik.KONSEP FONETIK Ertinya bunyi-bunyi yang tidak digunakan dalam pertuturan manusia bukanlah dalam penelitian ilmu fonetik dan bunyi-bunyi bahasa yang menjadi fokus ilmu fonetik hanyalah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia dalam pertuturan.Jadi, hal ini jikalau dihalusi bererti fonetik meneliti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan olehorgan-organ sebutan manusia dalam pertuturan daripada segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.KONSEP FONETIK 
 
D
i samping bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia itu, bidang fonetik juga meneliti penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Maknanya aspek  penelitian fonetik ada tiga.
Penelitian yang pertama, iaitu penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan olehalat-alat pertuturan manusia dalam berkomunikasi itu dikenali sebagai pengkajian fonetik artikulasi.KONSEP FONETIK 
Penelitian yang kedua ialah penelitian penyampaian bunyi bahasa, iaitu bagaimana arusudara bergetar antara mulut penutur ke telinga si pendegar itu dikenali sebagai pengkajianfonetik akustik.
Manakala yang terakhir ialah penelitian penerimaan bunyi bahasa dalam proses pendengaran, iaitu bagaimana nada, kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak  balas pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang didengarinya itu dikenali sebagai pengkajian fonetik auditori.PEN
DA
P
A
T L
A
IN
Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila mendefinisikanfonetik.
A
ntaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik adalah sepertiyang berikut:
i.
A
 bdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo
A
 bdullah (2007: 16) mendefinisikanfonetik ialah kajian bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi- bunyi bahasa daripada segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.PEN
DA
P
A
T L
A
IN
ii. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Kata mereka lagi,secara ringkasnya, dapatlah kita katakan kajian bunyi-bunyi yang kita hasilkan adalah bagimenjawab soalan-soalan yang berikut:

a) Bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organ sebutan manusia?
 b) Bagaimana bunyi-bunyi tersebut dapat diklasifikasikan?
c) Bagaimana setiap bunyi yang dikeluarkan oleh manusia itu berbeza antara satudengan yang lain?
 
d) Bagaimana pendengar dapat mengenali bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh penutur lain?
Tambahnya lagi, yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa itu ialah bunyi-bunyi yangdigunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi Bunyi-bunyi lain yang tidak digunakan dalamsistem komunikasi manusia tidaklah menjadi bahan kajian fonetik.PEN
DA
P
A
T L
A
IN
iii. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 2) berpendapat bahawa fonetik ialah ilmu yangmengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Jelasnya lagi bahawa ilmu ini jugamemperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulutdan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa.
iv. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd
D
ain (1985: 1) berpendapat bahawa fonetik ialahsuatu bidang ilmu mengenai satu aspek penting daripada bahasa, iaitu pertuturan.PEN
DA
P
A
T L
A
IN
v.
A
 bdullah Hassan (1993: 40) berpendapat bahawa fonetik mengkaji bunyi bahasadaripada segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajianterhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi.
vi. Suhendra Yusuf (1998: 150) memberi dua definisi fonetik. Pertamanya, fonetik ialahilmu yang menyelidiki produksi, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa atau ilmuinterdidipliner linguistik dengan fisika, anatomi dan psikologi. Keduanya, fonetik ialahsistem bunyi suatu bahasa.
vii. Harimurti Kridalaksana ( 1984: 51) mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yangmenyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.PEN
DA
P
A
T L
A
IN
viii.
 Kamus Dewan Edisi Keempat 
(2005: 414) mendefinisikan fonetik sebagai ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkansebutannya.
ix.
The Oxford Dictionary of Current English For Malaysian Students
(2005: 468)mendefinisikan fonetik sebagai ³concerned with the sounds of speech´.
x.
The Penguin Dictionary
(2004: 1046) mendefinisikan fonetik sebagai ³the study andclassification of speech sounds´.BI
DA
 NG FONETIK 
 
Berbicara tentang bidang fonetik ini, beberapa orang linguis mempunyai pendapat yangsama tentang aspek kajian yang boleh dilakukan oleh ahli fonetik.
A
da tiga aspek kajian,iaitu:i. fonetik artikulasi(cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi)ii. fonetik akustik (cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa)iii. fonetik auditori(cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran sebagai persepsi bahasa)FONETIK 
A
RTIKUL
A
SI
Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi.Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator.
A
rtikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator  bahagian dada, tekak dan kepala.FONETIK 
A
RTIKUL
A
SI
A
rtikulator bahagian dada seperti paru-paru (
lungs
) dan batang tenggorak (
trachea
).
A
rtikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok (
larynx
), pita suara (
vocal cords
),krikoid (
cricoid 
), tiroid (
thyroid)
atau halkum, aritenoid (
arythenoids
), farinks (
 pharynx
) ataudinding rongga kerongkong, dan epiglotis (
epiglottis
).
A
rtikulator bahagian kepala pula boleh bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya. Malahan, artikulator ini juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif.
A
rtikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaituartikulator aktif dan artikulator pasif / daerah artikulasi pasif.
A
RTIKUL
A
TOR 
A
KTIF
A
rtikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa.
A
rtikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator inidisifatkan sebagai alat artikulasi aktif.
A
ntaranya adalah seperti anak tekak (
uvula
), akar lidah(
root of the tongue - hump
), belakang lidah (
back of the tongue - dorsum
), tengah lidah(
middle of the tongue - medium
), daun lidah (
blade of the tongue - laminal 
), hujung lidah (
tipof the tongue - apex
), gigi bawah (
lower teeth - denta)
, dan bibir bawah (
lower lip - labia
).Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa.
A
RTIKUL
A
TOR P
A
SIF
 
A
rtikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak.Malahan, artikulator pasif disifatkan sebagai alat artikulasi pasif.
A
ntaranya adalah sepertigelungan (
retroflex
), lelangit keras (
hard palate - palatum
), lelangit lembut (
 soft palate -velum
), gusi lelangit keras (
alveolar ridge
), gigi atas (
upper teeth - denia)
, bibir atas (
upper lip - labia
), mulut (
mouth
), rongga mulut (
mouth cavity / oral cavity
), dan rongga hidung(
nose cavity / nasal cavity
).FONETIK 
A
RTIKUL
A
SI
Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan olehalat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi denganmenggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan.
A
latujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif.
A
ntara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakaladaerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi.
A
ntara contohdaerah artikulasi adalah seperti gigi atas, gusi atas, bibir atas, anak tekak, lelangit kerasdan lelangit lembut. Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikantimbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupandua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuaradan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator.
D
engan itu bunyi yang terhasildinamakan sebagai bunyi bilabial (µbi¶ bermakna µdua¶ dan µlabial¶ bermakna µbibir¶). Bunyi[b], [p], [m] ialah bunyi bilabial.
Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi

Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihalfonetik artikulasi.
A
ntaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik artikulasi adalah seperti yang berikut:i.
A
 bdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo
A
 bdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa³fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alatartikulasi´.ii. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi bertutur.
Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi
 iii. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik artikulasiialah bidang kajian mengenai pemerhatian ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk melihat bagaimana pergerakan udara yang digandingkan dengan pergerakan organ-organ pertuturan dan juga koordinasi kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya bunyi. Tegasnya, pemerhatian itu termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang, bibir dan sebagainya, disamping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut dan pita suara.Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga mengenai pemerhatian dan/ ataumengambil gambar melalui cermin, contohnya bagi melihat pergerakan pita suara denganmenggunakan alat ³laryngoscopic´, manakala alat ³electromyography´ pula digunakan untuk 
 
mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang digabungkan dengan penekananotot pada tahap yang relevan dalam terusan ujaran. (Contoh gambar tentang alat-alat itu yang boleh diperoleh daripada Colin Painter:
 An Introduction to Instrumental Phonetics
, 1979: 198& 208 ada dikemukakannya.)FONETIK 
A
KUSTIK 
Fonetik akustik ialah cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasayang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri, iaitu bagaimanagelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yangdibuat oleh artikulator atau alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya yangmembawa bunyi bahasa itu ke telinga pendengar. Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal atausifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai spektrogram itumelibatkan bunyi nada, kelantangan dan kepanjangan.
D
engan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dantahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu masa. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang mempunyai nada yang berbeza,lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai contoh nada suara seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyinya jauhlebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang lelaki. Hal ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap saat, sedangkan nada suara seorang lelakihanya 150 pusingan bagi setiap saat.FONETIK 
A
KUSTIK 
Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang. Bunyi vokal hadapannadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih rendah. Contoh bunyivokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o].
D
emikianlah halnya dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada pita suara berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang disebabkan oleh tiada getaran pada pitasuara didapati nada bunyi-bunyi bersuara lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara.FONETIK 
A
KUSTIK 
Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi konsonan dansuku kata dalam bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini keranafaktor yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari paru-paru.Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara bertambah dankesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang.
A
ntara contoh tahap kelantangan bunyikonsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tekanan udara dari paru-paru ialah penghasilan bunyi konsonan [s], [z] dan [] didapati lebih lantang berbanding dengan penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v].
Pendapat Lain tentang Fonetik Akustik 

  Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihalfonetik akustik.
Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik akustik adalah seperti yang berikut:
i.A bdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo A bdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa³fonetik akustik mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru- paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasiseperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya (Contoh bentuk gelombang akustik bagi penghasilan perkataan ³see´ /si:/ dalam bahasa Inggeris berasaskan sumber, Roach, P. 2001:40 ada dikemukakannya).
Pendapat lain tentang Fonetik Akustik 
 ii. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1-2) berpendapat bahawa fonetik akustik ialah kajian fonetik yang ditakrifkan sebagai satu bidang kajian transmisi bunyi-bunyiyang dihasilkan oleh organ-organ sebutan kita.iii. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik akustik ialah bidangkajian mengenai bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga si pendegar dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai spetrogram.
Alat ini digunakan bagi melihatkekerapan / frekuensi dan luas getaran bunyi dalam jangka masa tertentu
FONETIK AUDOTORI
 Fonetik auditori ialah cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadap bunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagai persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada,kelantangan dan kualiti bunyi.
Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori
Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihalfonetik auditori.
Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik auditori adalah seperti yang berikut:i.
Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa³fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyiyang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yangtepat.
Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori
 ii. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses danmenginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan.
iii. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah bidang kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyidan bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan telinga.Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaranmekanikal bagi partikel-partikel udara. Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itutentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu.
FONOLOGI
Fonologi ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti sistem bunyi bahasa yang berasaskanfungsinya dalam sesuatu bahasa. Sistem bunyi bahasa yang diteliti itu merupakan sistem atau peraturan bunyi sesuatu bahasa seperti bagi menentukan bunyi atau fonem sesuatu bahasa ituwaima bunyinya distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakanmakna). Kajian ini juga dikenali sebagai fonemik.
Pendapat Lain tentang Fonologi
Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila mendefinisikanfonologi.
Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonologi adalahseperti yang berikut:
i.                     Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) mendefinisikan fonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa. Tegas mereka bahawa bidang fonologi menentukan sistem bunyi  sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Mereka menyimpulkan bahawa matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.

ii.                   Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 2) berpendapat bahawa fonologiialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Kata mereka lagi : -³... fonologi itu sebagai perkara yang pada asasnya ialah fonetik. Cuma fonologimemerlukan konsep, istilah dan notasi fonetik sebagai unsur tambahan. Penambahan unsur fonetik ini adalah bagi menghasilkan suatu set konsep-konsep baru yang tersendiri. Malah,kajian terhadap fonologi tidak boleh berlaku sehinggalah kita mempunyai asas pengetahuanyang kukuh dalam semua aspek bidang fonetik. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripadastruktur fonik sesuatu bahasa ini dikatakan fonologi.´


iii.                  Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 65) berpendapat bahawa fonologi ialah penerangan berkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa. Jelasnya lagi bahawa fonologimelibatkan pengkajian bahasa bagi menentukan bunyi-bunyi yang berbeza langsungmembina set rumus yang dapat menerangkan perihal mengenai perubahan set.

iv.                 Roach, P. (2001: 111) berpendapat bahawa fonologi sebagai ³ the study of thedistinctive sound units of a language, the patterns they form and th rules which regulate their use´.


v.                   Abdullah Hassan (1993: 40) berpendapat bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyiyang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.

vi.                 Suhendra Yusuf (1998: 151) memberi definisi fonologi sebagai bidang dalamlinguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya; fonemik.

vii.                Harimurti Kridalaksana ( 1984: 61) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalamlinguistik yang menyelidiki bunyi bahasa mengikut fungsinya.
viii.              Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 414) mendefinisikan fonologi sebagai kajiantentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.

ix.                 Oxford Dictionary of Current English For Malaysian Students(2005: 468)mendefinisikan fonologi sebagai ³the scientific study of the organization of speech sounds,especially in a particular language´.

x.                   The Penguin Dictionary(2004: 1045) mendefinisikan fonologi sebagai ³the study of the sound systems of a language´.
Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
 Bermaksud pengajian yang melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu.
Kajian F & F BM meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkanatau dituturkan, misalnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan.
Dalam pengkajian ini akan diteliti juga, iaitu alat-alat artikulasi yang terlibat dan daerahmana pada alat tersebut yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalamBM, misalnya bagaimanakah cara menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal tengah danvokal belakang.
Juga akan diteliti ialah perbagai bunyi konsonan dalam BM, misal konsonan letupan,letusan, geseran, sengau, separuh vokal dsg serta bunyi diftong (au, ai dan oi).

No comments:

Post a Comment