20 Jun 2013

Perbezaan Fonetik dan Fonologi

Perbezaan fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang fonologi.
Bil.
Fonetik
Fonologi
  1. 1.
Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.
Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Kajian dilakukan terhadap segala yang berkaitan dengan sistem bahasa seperti pasangan terkecil dan fonotaktik.
  1. 2.
Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik atrikulasi, dan fonetik auditori.
Kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir lekasikal  dengan butir-butir lekasikal lain yang membentuk ayat.
  1. 3.
Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi.
Bidang fonologi mengkaji pola-pola intonasi.
  1. 4.
Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.
Bidang fonologi menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.



Apabila pengetahuan telah bertambah tentang ilmu fonetik dan fonologi tentunya membolehkan seseorang pendidik mengenali pelbagai variasi bahasa yang dituturkan oleh murid, dan keadaan ini membolehkan seorang pendidik membetulkan kesilapan dengan tepat dan berkesan serta dapat membimbing murid supaya mahir membunyikan dan menyebut sesuatu  dengan betul.
Fonologi berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa itu berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan dengan fonologi, namun fonetik menekankan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara fizikal.
Dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak, penggunaan kaedah fonetik dapat membantu kanak-kanak membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi perkataan. Aktiviti bermain dengan abjad, suku kata dan perkataan menggunakan kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula belajar membaca. Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi bahasa.
Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.  Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.  Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

No comments:

Post a Comment