2 May 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh                     :     24/4/2012.                       
Masa                       :     11.05 pagi – 11.35 pagi.
Tahun                     :      5 Bestari.
Bilangan Murid      :      22 orang.
Mata Pelajaran       :      Bahasa Melayu.
Tema                      :      Sukan dan Kesihatan.
Tajuk                      :       Awas! Nyamuk.

Fokus Utama :
3.1  Aras 3(i) Menganalisis data berdasarkan sesuatu perkara.
Fokus Sampingan :
3.1  Aras 3(i) Membentangkan hasil analisis secara tepat.
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat
(i)                 menganalisis data berdasarkan kes demam denggi yang berlaku pada tahun 2010.
(ii)               membentangkan hasil analisis secara tepat.
Kemahiran berbahasa : Mendengar dan bertutur serta membaca.
Sistem bahasa             : Apitan di……kan
Kosa Kata                   : terbengkalai, disebarkan, dilaporkan.
Pengisian Kurikulum   :
1. Ilmu  : Sains
2. Nilai  : Kebersihan fizikal dan mental, bertanggungjawab.
3. Kemahiran Bernilai Tambah: Kecerdasan Pelbagai : Logik Matematik, Kemahiran Berfikir :        Menganalisis.
Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah belajar kitaran hidup nyamuk dalam mata pelajaran Sains.
Bahan Bantu Mengajar : Bahan maujud, gambar, petikan, borang pengurusan grafik, kad perkataan dan kad ayat.


Langkah 
 Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Masa

Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induk
(5 minit)
Jentik-jentik.
1.Guru menunjukkan botol yang dibalut dengan kertas.

2.Guru menyuruh murid-murid meneka benda yang terdapat di dalam botol tersebut berpandukan petunjuk yang diberi.

3. Guru menunjukkan jentik-jentik yang terdapat di dalam botol tersebut dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

1.Murid melihat botol tersebut.


2. Murid-murid meneka berpandukan petunjuk yang disebut oleh guru.
BBM :
Bahan maujud jentik-jentik.

KBT :
Kontekstual


Langkah 1
( 9 minit)
Membaca petikan yang bertajuk
“Awas! Nyamuk.”
1.Guru menyuruh murid membaca petikan “Awas! Nyamuk.”

2.Guru memilih secara rawak beberapa orang murid membaca petikan tersebut.

3. Guru menyoal murid tentang maklumat yang terdapat dalam petikan.

4. Guru menyuruh murid-murid menyenaraikan apitan di …….kan yang terdapat dalam petikan.

1.Murid-murid membaca petikan tersebut secara senyap.

2.Murid-murid yang dipilih membaca petikan tersebut dengan sebutan dan intonasi dengan betul.

3. Murid-murid menjawab berpandukan maklumat yang terdapat dalam petikan.


4. Murid-murid menyenaraikan lima apitan di ………kan yang terdapat dalam petikan.






.
BBM :
Petikan teks.

Tatabahasa:
Imbuhan apitan di……kan.


KBT :
Intrapersonal






Langkah 2

( 8 Minit)















Mengumpulkan data.

1.Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada setiap kumpulan dan mereka dikehendaki mengisi data dalam borang tersebut.

2.Guru mengarahkan setiap kumpulan membentangkan data yang telah diperoleh kepada kelas.



3. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk menampalkan kad perkataan dan kad ayat  di papan putih tentang data yang telah dibincangkan.


1.Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengisi data dalam borang pengurusan grafik.



2. Ketua kumpulan membentangkan data yang telah diperoleh dan kumpulan lain mencatat data yang dibentangkan dan dibandingkan dengan jawapan mereka.

3. Murid-murid menampal kad perkataan dan kad ayat di papan putih.



BBM :
Borang pengurusan grafik, kad perkataan dan kad ayat.

KBT :
Interperso-nal.
Verbal linguistik.

Langkah 3

( 5 Minit)

Aktiviti penilaian.

1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.



1.Murid-murid menjawab lembaran kerja tersebut.

Kumpulan A/B

-Membina lima ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan apitan di………kan.

Kumpulan C.

-Mengisi tempat kosong dengan imbuhan apitan di……kan yang betul.




BBM :
Lembaran kerja.

Penutup

(3 Minit)

Rumusan pelajaran dan nilai murni.

1.Guru merumuskan hasil pelajaran hari ini dengan mengemukakan beberapa soalan.


1.Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.







No comments:

Post a Comment