20 Jun 2013

Kesalahan Tatabahasa

1.0   Pendahuluan

Kementerian Pelajaran Malaysia yang yang berhasrat untuk menaikkan taraf pendidikan di Malaysia agar setaraf dengan pendidikan dunia telah menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu. Bahasa melayu telah mengalami banyak perubahan, bagi memenuhi keperluan-keperluan semasa berkepentingan untk meningkatkan taraf bahasa Melayu itu sendiri. Sememangnya bahasa itu terdiri daripada tatabahasa atau nahu bahasa itu sendiri.  Aspek terpenting di dalam tatabahasa ialah aspek morfologi dan aspek sintaksis. Mofologi mengkaji tentang struktur , bentuk serta penggolongan kata. Sintaksis pula mengkaji pembentukan ayat serta hukum-hukum di dalam ayat.

2. 0 Konsep Tatabahasa

Menurut  ensiklopedia bebas (Wikipedia ), tatabahasa bahasa Melayu secara umumnya mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis. Mofologi  ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata manakala sintaksis pula adalah kajian tentang pembentukan ayat.

3.0 Morfologi

Asmah Hj Omar ( 1993 ), menyatakan morfologi sebagai peninjau linguistic yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem. Manakala Abdullah Hassan ( 2005 ), pula mentakrifkan mofologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan di bina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan. Menurut Nik Safiah Karim ( 2008 ), menjelaskan mofologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh yang dinyatakan dapatlah dijelaskan bahawa morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu  ialah morfem.

3.1 Morfem

Morfen ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Contohnya, perkataan  bawa. Bawa tidak akan berfungsi dan bermakna jika dipecahkan kepada  ba dan wa. Sebaliknya kata dibawa  boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan bawa. Kesimpulannya perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Merfem terbahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

3.1.1 Morfem Bebas

Menurut Mark S. Letourneau (2001)  mentakrifkan morfem bebas yang disebut “free morphemes” dalam bahasa Inggeris sebagai”…morphemes that can occur by themselves in a phrase or sentence”. Contohnya perkataan “write” yang boleh berdiri sendiri dalam rangkai kata atau ayat. Abdullah Hassan (2004), morfim bebas secara ringkas sebagai morfem yang boleh wujud bersendirian. Contohnya, perkataan peluh yang boleh hadir secara bersendirian sebagai sebuah kata.

Berdasarkan pendapat yang diberikan dapatlah disimpulkan bahawa morfem bebas ialah morfem yang boleh berdiri sendiri dan difahami maksudnya tanpa kehadiran morfem lain. Contohnya, perkataan murid, jual dan baik yang boleh berdiri dengan sendiri dan difahami maknanya tanpa perlu menerima morfem lain untuk membolehkannya berfungsi sebagai kata.

3.1.2 Morfem terikat/imbuhan

Menurut Mark S. Letourneau ( 2001), morfem terikat yang dikenali sebagai “ bound morphemes” dalam bahasa Inggeris sebagai “… morphemes that cannot occur by themselves”. Contohnya, - s, -er, dan –ing yang perlu hadir bersama dengan  morfem lain bagi membolehkan morfen jenis ini membentuk kata seperti dalam kata “writes” “writer” dan “writing”. Manakala, Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan morfem terikat mesti digunakan bersama sekurang – kurangnya satu morfem lain. Contohnya, berpeluh daripada cantuman ber dan peluh. Imbuhan awalan  ber – ialah morfem terikat kerana ber – tidak boleh berdiri berdiri sendiri dan memerlukan suatu bentuk lain dalam penggunaannya.

Menurut Abdullah Hassan ( 2005 ), kata akar seperti kata anai juga merupakan morfem terikat. Kata anai ini tidak boleh wujud bersendirian jika tidak digandakan menjadi anai - anai.

Kesimpulannya, morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh wujud bersendirian tanpa kehadiran morfem lain. Morfem terikat ini terdiri daripada imbuhan dan kata akar. Kata akar seperti tapa, tari  dan rama memerlukan unsur dan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, Contohnya kata akar tapa perlu menerima imbuhan ber – menjadi bertapa bagi menunjukkan perbuatan. Namun demikian, terdapat juga bentuk-bentuk kata penuh yang dikategorikan sebagai morfem terikat. Bentuk kata penuh yang dikategorikan sebagai morfem terikat ialah kata yang tidak boleh berdiri sendiri untuk  membawa makna yang lengkap. Contohnya, perkataan mayur tiada makna jika tidak ditulis atau disebut sayur-mayur.

Morfen terikat/imbuhan boleh dibahagikan seperti berikut:

a)      Awalan.

Ditambah pada badagian depan kata dasar.

Contoh: berlari, bermain, membaca

b)      Akhiran.

Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.

Contoh : ambilan, mainan, temui

c)      Sisipan.

Diselit di antara unsur-unsur kata dasar.

Contoh : telapak (tapak)

d)     Apitan.

Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar.

Contoh : permainan, perusahaan, memasukkan

3.2 Bentuk Kata

Bentuk kata terbahagi kepada bentuk tunggal, bentuk  kata terbitan,  bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

3.2.1 Kata tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk kata terbitan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata atau lebih suku kata.                          

 

Kata tunggal dibahagikan kepada tiga jenis :

a)      Kata tunggal merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang  bermakna.

Contoh : murid, kuali, beg,      

b)      Kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-

kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.    

Contoh : dari, dan, pada,      

c)      Kata akronim, merupakan perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.     

Contoh : berdikari  – berdiri di atas kaki sendiri

                Komuter  – keretapi berkomputer

3.2.2 Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima  imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan.

a)      Kata terbitan awalan

b)      Kata terbitan akhiran

c)      Kata terbitan apitan

d)     Kata terbitan sisipan

3.2.3 Kata Majmuk

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.

Kata majmuk terbahagi kepada tiga :

a)      Kata Nama Majmuk .

Contoh : setiausaha, warganegara, tangatangan

b)      Kata Kerja Majmuk.

Contoh : menendatangani, bertanggungjawab, memberitahu

c)      Kata Sifat Majmuk.

Contoh : sukacita, dukacita

d)     Kata Tugas Majmuk.

Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana

Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis :

a)      Kata majmuk berbentuk istilah  serta berbentuk gelaran

Contoh : gambar rajah, biru laut

                menteri besar, profesor madya

b)      Kata majmuk berbentuk istilah khusus

Contoh : garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja

c)      Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan ( simpulan bahasa )

Contoh : kaki bangku, makan angin 

3.2.4 Kata Ganda

Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Terdapat tiga jenis kata ganda :

a)      Penggandaan penuh.

Proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat juga boleh digandakan.

Contoh : pokok-pokok, buku-buku,

b)      Penggandaan separa

Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

Contoh : kekabu, berlari-lari

c)      Penggandaan berentak

Proses penggandaan berentak memerlukan seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu, penggandaan berentak mengulangi vokal, penggandaan berentak pengulangan konsonan dan penggandaan berentak bebas.                                                                                                                    

3.3 Pembentukan Kata
Menurut , ensiklopedia bebas ( Wikipedia ), Dalam linguistik, pembentukan kata ialah proses pembentukan perkataan baru. Kata boleh dibentuk melalui tiga cara utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.


Jelaslah bahawa pembentukan kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk perkataan. Terdapat  bentuk perkataan yang bersifat tunggal. Contohnya kelas, hadir dan kelabu. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

a)      Pengimbuhan.

Contoh : meninggal,  dan meninggalkan.

b)      Pemajmukan.

Contoh : kereta api dan surat khabar.

c)      Penggandaan

Contoh : pokok-pokok dan bola-bola.

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009 ), bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivative. Jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan  morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan  mendatar, iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada mendahului (awalan), menyisip ( sisipan ), atau mengikuti ( akhiran ) kata dasar tersebut. Proses pembentukan yang bersifat derivative ini dapat menerbitkan banyak perkataan, iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Contohnya, perkataan manis  apabila mengalami proses pembentukan kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu  maniskan, memaniskan, manisan, bermanis muka, dimaniskan,  dan sebagainya.

3.4 Penggolongan kata

Menurut Nik Safiah Karim et al.( 2009 ), perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan dalam beberapa golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi, kriteria struktur morfem, criteria sintaksis, dan kriteria semantik. Semua perkataan bahasa Melayu yang terbentuk sama ada melalui proses tunggal ( termasuk pengakroniman ), pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan, boleh digolongkan dalam beberapa golongan kata yang mempunyai persamaan yang tertentu.

Nik Safiah Karim et al. (2009 ), telah menggolongkan perkataan kepada empat golongan utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas

4.0 Sintaksis

Sintaksis merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

4.1 Ayat

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh : Fatini sedang membaca buku cerita.

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iitu (i) Fatini sedang dan bahagian (ii) membaca buku cerita. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai sama ada unsure-unsur frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif  (FA) dan frasa sendi nama (FS).

 

4.2 Frasa

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan dan sekiranya terdiri daripada satu perkataan sahaja , ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkatan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.Terdapat empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Menurut binaannya frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu, frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

5.0 Analisis Empat Kesalahan Tatabahasa

5.1 Kesalahan  menggunakan kata sendi dari dan daripada.

Kata sendi dari digunakan untuk tempat dan waktu, manakala daripada hanya untuk        manusia, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

5.2 Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata kerja pasif.

Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, jika menggunakan kata bantu atau kata naïf, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif.

5.3 Kesalahan penggunaan kata ganti diri  dia dan ia dalam ayat.

 Kata ganti diri dia dan ia hanya untuk manusia, tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.         

5.4 Kesalahan penggunaan kata bilangan setengah-setengah, berbagai-bagai dan tiap-tiap.

Penggunaan kata bilangan setengah-setengah, dan tiap-tiap tidak boleh disingkatkan.

1 comment:

  1. Terima kasih tuan. Saya mendapat banyak manfaat daripada penggunaan blog ini.

    ReplyDelete