30 Mar 2012
PERSISKAH BAHASAMU
1. Adakah dan apakah.
a) Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.
b) Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan keterangan tentang sesuatu.
c) Kesalahan dari segi penggunaan kata berlaku apabila apakah digunakan pada tempat adakah.
Contoh Ayat :
i) Apakah ayah marah padaku ? ( Salah )
ii) Adakah ayah marah padaku ? ( Betul )
MIMBAR BAHASA
1. Apakah makna perkataan akal ?
Perkataan akal membawa makna : a) daya fikir
b) ikhtiar
a) Akal adalah anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia.
b) Mereka mencari akal untuk keluar dari kawasan itu.
2. Tahukah kamu apakah makna perkataan alamat ?
Perkataan alamat membawa maksud : a) tanda
b) butiran keterangan tentang tempat tinggal seseorang.
a) Langit mendung alamat hari akan hujan.
b) Para pemohon dikehendaki menulis alamat surat-menyurat dengan terang dan jelas.
29 Mar 2012
Petua membezakan perkataan
Tahukah kamu membezakan perkataan ini ?
beku kaku kejur tegang
1. Beku - Maknanya pejal atau keras kerana terlalu sejuk.
Contoh Ayat :
a) Air yang disimpan di dalam peti sejuk itu sudah menjadi beku.
2. Kaku - Maknanya tidak boleh dilentur, kejang.
Contoh Ayat :
a) Kaki dan tangan Nita menjadi kaku kerana bermain salji terlalu lama di rumah salji itu.
3. Kejur - Maknanya keras, kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras ( rambut ).
Contoh Ayat :
a) Rambut Nabil menjadi kejur selepas disapu dengan gel rambut.
4. Tegang - Maknanya keras dan liat ( otot dan gading ).
Contoh Ayat :
a) Ototnya menjadi tegang setelah melakukan senaman itu.
beku kaku kejur tegang
1. Beku - Maknanya pejal atau keras kerana terlalu sejuk.
Contoh Ayat :
a) Air yang disimpan di dalam peti sejuk itu sudah menjadi beku.
2. Kaku - Maknanya tidak boleh dilentur, kejang.
Contoh Ayat :
a) Kaki dan tangan Nita menjadi kaku kerana bermain salji terlalu lama di rumah salji itu.
3. Kejur - Maknanya keras, kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras ( rambut ).
Contoh Ayat :
a) Rambut Nabil menjadi kejur selepas disapu dengan gel rambut.
4. Tegang - Maknanya keras dan liat ( otot dan gading ).
Contoh Ayat :
a) Ototnya menjadi tegang setelah melakukan senaman itu.
Simpulan bahasa
Simpulan Bahasa | Maksudnya |
ada angin | berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika |
ada hati | mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu |
air muka | rupa atau wajah seseorang |
ajak-ajak ayam | tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang |
ada bakat | mempunyai tokoh atau perwatakan |
alas perut | makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan |
anak angkat | anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri |
anak bapa | anak yang disayangi oleh bapa |
anak buah | orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara |
anak emas | anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya |
angkat kaki | meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab |
atas angin | negara-negara di sebelah barat |
atas pagar | tidak menyebelahi mana-mana pihak |
ayam tambatan | orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan |
bahasa pasar | bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya |
banyak mulut | orang yang banyak bercakap |
batu api | orang yang suka menghasut |
batu loncatan | sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati |
bau-bau bacang | tali persaudaraan yang jauh |
bawah angin | negara-negara di sebelah timur |
bekas tangan | hasil kerja tangan seseorang |
beralih akal | berubah fikiran atau pendapat |
beralih angin | pergi ke sesuatu tempat untuk berehat |
berat hati | enggan; malas |
berat mulut | pendiam atau tidak suka bercakap banyak |
berat tulang | orang yang malas bekerja |
berat sebelah | tidak berlaku adil |
berbelah bagi | sukar untuk membuat keputusan |
berhati batu | degil dan sukar menerima nasihat |
berhutang budi | patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga |
bermuka dua | tidak jujur |
bertikam lidah | bertengkar; berdebat |
besar hati | bergembira atau berbangga akan sesuatu |
besar kepala | degil; sukar menerima pandangan orang lain |
buah hati | orang yang dikasihi atau dipuja |
buah mulut | sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai |
bush tangan | hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang |
bulat hat! | bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad |
buruk siku | mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain |
buta hati | tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam |
cahaya mata | anak |
cakar ayam | tulisan yang buruk |
campur tangan | turut serta atau mencampuri urusan orang lain |
cari jalan | berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu |
epat tangan | suka mencuri |
dalam tangan | sudah pasti akan diperoleh |
darah daging | anak kandung |
durian runtuh | keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka |
gaji buta | mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh |
gelap mata | hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta |
harga diri | maruah atau kehormatan seseorang |
harga mati | harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi |
hati batu | degil atau keras hati |
hidung tinggi | sombong atau tinggi diri |
hilang akal | tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri |
ikat perut | menahan lapar kerana berjimat |
iri hati | menyimpan perasaan dengki atau cemburu |
isi hati | perasaan dalam hati |
jalan buntu | tidak ada jalan penyelesaian |
kacang hantu | orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain |
kaki ayam | tidak berkasut atau berselipar |
kaki bangku | tidak berkebolehan bermain bola |
kaki botol | suka minum minuman keras |
kecil hati | berasa tersinggung atau merajuk |
kepala angin | perangai yang tidak menentu |
kepala batu | degil dan tidak mendengar nasihat |
kera sumbang | orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain |
khabar angin | berita yang belum tentu benarnya |
langkah kanan | bernasib baik |
langkah seribu | cepat-cepat lari kerana ketakutan |
lidah bercabang | kata-kata yang tidak dapat dipercayai |
lipas kudung | cepat membuat kerja |
lintah darat | mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan |
makan angin | bersiar-siar untuk berehat |
makan suap | menerima rasuah |
malu-malu kucing | berpura-Aura malu di hadapan orang |
mandi peluh | bekerja kuat |
mati katak | mati dengan sia-sia |
membabi buta | melakukan sesuatu tanpa berfikir |
membawa diri | tahu menjaga diri |
membuka jalan | memberi laluan kepada orang lain |
membuka tembelang | menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain |
memeras otak | terlalu kuat berfikir atau belajar |
menarik diri | tidak turut serta; meletak jawatan |
mencari jalan | berusaha untuk melakukan sesuatu |
mencuci mata | gembira memperhatikan sesuatu yang indah |
mencuit hati | lucu; menggelikan hati |
mengabui mata | cuba memperdaya; menipu |
mengadu domba | memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya |
mengambil angin | bersiar-siar untuk berehat |
mengambil berat | memberi sepenuh perhatian |
mengambil hati | dapat memikat atau mempengaruhi |
mengasah bakat | latihan untuk mengembangkan bakat |
muka tembok | tidak berasa malu |
mulut murai | kuat bercakap atau berbuat bising |
mulut tempayan | tidak dapat menyimpan rahsia |
murah hati | suka bederma; tidak kedekut |
naik angin | terlalu marah |
nyawa-nyawa ikan | hampir-hampir mati |
orang atasan | orang yang berpangkat tinggi |
otak cair | pintar atau bijak |
otak kering | kurang siuman |
otak udang | bebal atau bodoh |
paku belanda | barangan yang tetap harganya |
panas hati | meradang atau marah |
panjang tangan | suka mencuri |
pasang telinga | mendengar dengan teliti |
pekak badak | kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat |
pembasuh mulut | makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi |
perang mulut | pertengkaran |
pilih kasih | memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai |
pisau cukur | perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki |
puteri lilin | tidak tahan terkena panas matahari |
putih hati | ikhlas; jujur |
putih mata | mengalami kekecewaan |
rabun ayam | penglihatan yang kurang jelas |
rambang mata | sukar membuat pilihan |
ringan tangan | suka membuat kerja: menolong orang |
sampai hati | tergamak melakukan sesuatu kerja |
serkap jarang | membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa |
tangan terbuka | menyambut sesuatu dengan senang hati |
tangkai jering | orang yang kedekut |
tawar hati | tidak mempunyai minat lagi |
tebal muka | tidak tahu malu |
telinga kuali | tahan hati menerima kemarahan |
telinga lintah | tajam pendengaran |
telinga nipis | cepat marah atau meradang |
terang hati | mudah memahami sesuatu |
tidur-tidur ayam | tidur yang tidak nyenyak |
tin kosong | bercakap besar tanpa ilmu |
titik peluh | hasil usaha yang bersungguh-sungguh |
RAHSIA TATABAHASA
Rahsia 1 : antara = bukan tempat, masa, manusia, perbandingan / dua pihak diantara = tempat
Betul | Salah |
Antara hobinya ialah ……. | Di antara hobinya ialah ……. |
Anatara kedua-duanya……. | Di antara kedua-duanya |
Anatara satu sama lain | Di antara satu sama lain |
Rahsia 2 : di dalam = ruang, lubang , tempat / dalam = abstrak
Betul | Salah |
di dalam lubang itu | dalam lubang itu |
Di dalam longkang | Dalam longkang |
Di dalam bilik mesyuarat | Dalam bilik mesyuarat |
Dalam hatinya | Di dalam hatinya |
Dalam fikirannya | Di dalam fikirannya |
Rahsia 3 : Hendak makan apa ?
Betul | Salah |
Makan pisang goreng | Makan goreng pisang |
Makan ayam bakar | Makan bajar ayam |
Makan sos cili | Makan cili sos |
Makan cili padi | Makan padi cili |
Rahsia 4 : ia = orang = dia bukan untuk binatang atau benda
Betul | Salah |
Saya akan ke Ipoh atau ke Johor esok | Saya akan ke Ipoh atau Johor esok |
Hadiah ini untuk ayah bukan untuk kamu | Hadiah ini untuk ayah bukan kamu |
Rahsia 5 : ‘ se ‘ mesti diulang 2 kali, Tanpa ‘se’ tidak perlu 2 kali.
Betul | Salah |
Dari semasa ke semasa | Dari masa ke semasa |
Dari sehari ke sehari | Dari hari ke sehari |
Dari bulan ke bulan | Dari bulan ke sebulan |
Kesalahan ayat
- Rumus ayat pasif dengan pelaku ketiga ditandai oleh awalan di :
- Tidak ada apa yang mereka risaukan waktu itu.
- Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang dia sendiri menetapkan.
- Semuanya dia kenal.
- Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana puncanya.
- Jawapan sepatutnya:
- Tidak ada apa yang 'dirisaukan (perkataan "oleh" jika tidak diletakkan juga betul)'waktu ini.
- Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang 'ditetapkan oleh dia'.
- Semuanya dikenal oleh dia'.
- Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang'tidak tahu oleh dia'dari mana puncanya.
- Kata ganti diri pertama dengan kata kerja pasif disisipkan kata lain:
- Bola ini 'ditendang oleh saya'.
- Makanan ini kamu telah makan' ?
- Segala perubahan yang berlaku 'kita akan menghadapi' sama-sama.
- Jawapan sepatutnya:
- Bola ini saya tendang' .
- Makanan ini 'telah kamu makan' ?
- Segala perubahan yang berlaku 'akan kita hadapi' sama-sama.
“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”:
1.
- Contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
- (Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
- Salah:
- Cili sos
- Mini perpustakaan
- Zaleha Restoran
- Jaya Klinik
- Betul:
- Sos cili
- Perpustakaan mini
- Restoran Zaleha
- Klinik Jaya
Kesalahan frasa dan kata
Kesalahan umum dari segi Kata jamak
1.
- Salah:
- mereka-mereka
- semua kereta-kereta
- para-para pelajar
- empat orang abang-abang
- Betul:
- mereka
- semua kereta
- para pelajar
- empat orang abang
Kesalahan umum dari segi Kata penguat
1.
- Salah:
- paling indah sekali
- Betul:
- sangat tinggi
- sungguh jauh
- paling indah
- amat menakutkan /amat menakutkan sekali / sangat menakutkan sekali / sungguh menakutkan sekali
Kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat
1.
- Salah:
- Sani mendapat markah yang tertinggi sekali / tersungguh tinggi.
- Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
- Betul:
- Sani mendapat markah yang tertinggi .
- Hassan ialah peserta yang termuda / teramat muda / tersangat muda dalam pertandingan itu.
Kesalahan umum dari segi Kata hubung
1.
- Salah:
- Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
- Badannya besar kecuali kakinya kecil.
- Betul:
- Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
- Badannya besar tetapi kakinya kecil.
Kesalahan umum dari segi Kata bilangan
1.
- Salah:
- Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
- Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
- Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
- Betul:
- Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
- Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
- Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Kesalahan umum dari segi Kata Sendi
i - Dari
1.
- Salah:
- Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
- Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
- Betul:
- Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
- Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
ii - Daripada
1.
- Salah:
- Tilam itu dibuat dari getah asli.
- Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
- Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
- Betul:
- Tilam itu dibuat daripada getah asli.
- Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
- Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
iii - Pada
1.
- Salah:
- Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
- Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
- Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
- Betul:
- Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
- Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
- Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.
iv - Di
1.
- Salah:
- Saya dilahirkan diSarawak.
- Ayah awak bekerja dimana ?
- Betul:
- Saya dilahirkan di Sarawak.
- Ayah awak bekerja di mana ?
Kesalahan umum dari segi Penjodoh bilangan
1.
- Salah:
- Setiap orang pelajar.
- Sesetengah orang rakyat.
- Seluruh buah negeri.
- Semua ekor binatang.
- Beberapa pelajar.
- Betul:
- Setiap pelajar.
- Sesetengah rakyat.
- Seluruh negeri.
- Semua binatang.
- Beberapa orang pelajar.
Kesalahan umum dari segi Kata ganti diri
1.
- Salah:
- Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
- “Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
- Betul:
- Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
- “Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
Kesalahan umum dari segi Kata adjektif
1.
- Salah:
- Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat.
- Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya.
- Betul:
- Masakan yang dihidangkan oleh ibunya 'lazat benar.
- Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.
Kesalahan umum dari segi Kata kerja transitif
1.
- Salah:
- Ibu sedang jahit baju kurung.
- Ayah selalu cuci keretanya.
- Betul:
- Ibu sedang menjahit baju kurung.
- Ayah selalu mencuci keretanya.
Kesalahan umum dari segi Ayat pasif
1.
- Salah:
- Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
- Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
- Betul:
- Cerpen itu telah saya karang.
- Latihan itu mesti kaubuat.
Kesalahan umum dari segi Kata tanya
1.
- Salah:
- Kamu berasal dari manakah ?
- Apa nama pengawas itu ?
- Bila ayah akan pulang ?
- Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
- Betul:
- Kamu berasal dari mana ?
- Siapakah nama pengawas itu ?
- Bilakah ayah akan pulang ?
- Binatang peliharaan awak bernama apa ?
Kesalahan umum dari segi Ejaan
1.
- Salah:
- Kucing itu tidur dibawah meja.
- Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.
- Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
- Ibubapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
- Orangtua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
- Betul:
- Kucing itu tidur di bawah meja.
- Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
- Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
- Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
- Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.
Kesalahan umum dari segi Kata Ganti Diri
1.
- Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
- Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
- Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
- Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
- Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
- Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
- Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
- Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi kamu-kamu, anda-anda, mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
- Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
- Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
- Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya. Misalnya:
- Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
- Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
- Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.
Kesalahan umum dari segi Kata Bilangan
- Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
- Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh #* Kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a)*Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. (betul)
(b)*Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
(c)*Kedua orang itu anggota polis. (salah)
Kedua-dua orang itu anggota polis. (betul)
(d)*Berbagai usul dikemukakannya. (salah)
Berbagai-bagai usul dikemukakannya.(betul)
1.
- Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
Para-para peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul
1.
- Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
(b) Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
Kesalahan umum dari segi Penjodoh Bilangan
1.
- Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
- Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:
(a) Para orang pelajar (salah)
Para pelajar (betul)
(b) segala ekor binatang (salah)
segala binatang (betul)
(c) sekalian orang peserta (salah)
sekalian peserta (betul)
(d) seluruh buah negari (salah)
seluruh negeri (betul)
(e) semua orang gadis (salah)
semua gadis (betul)
Kesalahan umum dari segi Kata Sendi
1.
- Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
- Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
(a) Ravi suka durian. (salah)
Ravi suka akan durian. (betul)
(b) Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
(c) Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
(d) Kita mesti hormat guru. (salah)
Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)
(e) Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
1.
- Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
(a) Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada) (b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan) (c) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari) (d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari) (e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari) (f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di) (g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan) (h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di) (i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di) (j) Buku itu sudah saya pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke) (k) Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan) (l) Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara-saudari berikan. (bukan * diatas)
Subscribe to:
Posts (Atom)