30 Mar 2012

PERSISKAH BAHASAMU



1. Adakah dan apakah.


a) Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan  ya  atau   tidak.


b) Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan keterangan tentang sesuatu.


c) Kesalahan dari segi penggunaan kata berlaku apabila  apakah digunakan pada tempat  adakah.


Contoh Ayat :


i) Apakah ayah marah padaku ?  ( Salah )


ii) Adakah ayah marah padaku ?  ( Betul )

MIMBAR BAHASA



1. Apakah makna perkataan akal ?

   Perkataan akal membawa makna :  a) daya fikir
                                                         b) ikhtiar

a) Akal adalah anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia.

b) Mereka mencari akal untuk keluar dari kawasan itu.


2. Tahukah kamu apakah makna perkataan alamat ?

    Perkataan alamat membawa maksud :  a) tanda
                                                               b) butiran keterangan tentang tempat tinggal seseorang.

a) Langit mendung alamat hari akan hujan.
b) Para pemohon dikehendaki menulis alamat surat-menyurat dengan terang dan jelas.

29 Mar 2012

Petua membezakan perkataan

Tahukah kamu membezakan perkataan ini ?

beku                     kaku                            kejur                               tegang

1. Beku   -  Maknanya pejal atau keras kerana terlalu sejuk.

Contoh Ayat :
a) Air yang disimpan di dalam peti sejuk itu sudah menjadi beku.

2. Kaku    -  Maknanya tidak boleh dilentur, kejang.

Contoh Ayat :
a) Kaki dan tangan Nita menjadi kaku kerana bermain salji terlalu lama di rumah salji itu.

3. Kejur   -   Maknanya keras, kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras ( rambut ).

Contoh Ayat :
a) Rambut Nabil menjadi kejur selepas disapu dengan gel rambut.

4. Tegang   -    Maknanya keras dan liat ( otot dan gading ).

Contoh Ayat :
a) Ototnya menjadi tegang setelah melakukan senaman itu.

Simpulan bahasa

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.



Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.



Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:



 


Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air mukarupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas anginnegara-negara di sebelah barat
atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulutorang yang banyak bercakap
batu apiorang yang suka menghasut
batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
bawah anginnegara-negara di sebelah timur
bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
beralih akalberubah fikiran atau pendapat
beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hatienggan; malas
berat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulangorang yang malas bekerja
berat sebelahtidak berlaku adil
berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
berhati batudegil dan sukar menerima nasihat
berhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka duatidak jujur
bertikam lidahbertengkar; berdebat
besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat!bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mataanak
cakar ayamtulisan yang buruk
campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangansuka mencuri
dalam tangansudah pasti akan diperoleh
darah daginganak kandung
durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batudegil atau keras hati
hidung tinggisombong atau tinggi diri
hilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hatiperasaan dalam hati
jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
kaki botolsuka minum minuman keras
kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
kepala anginperangai yang tidak menentu
kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar anginberita yang belum tentu benarnya
langkah kananbernasib baik
langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudungcepat membuat kerja
lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan anginbersiar-siar untuk berehat
makan suapmenerima rasuah
malu-malu kucingberpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluhbekerja kuat
mati katakmati dengan sia-sia
membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diritahu menjaga diri
membuka jalanmemberi laluan kepada orang lain
membuka tembelangmenceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otakterlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diritidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hatilucu; menggelikan hati
mengabui matacuba memperdaya; menipu
mengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil anginbersiar-siar untuk berehat
mengambil beratmemberi sepenuh perhatian
mengambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
muka temboktidak berasa malu
mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
murah hatisuka bederma; tidak kedekut
naik anginterlalu marah
nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
orang atasanorang yang berpangkat tinggi
otak cairpintar atau bijak
otak keringkurang siuman
otak udangbebal atau bodoh
paku belandabarangan yang tetap harganya
panas hatimeradang atau marah
panjang tangansuka mencuri
pasang telingamendengar dengan teliti
pekak badakkurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulutmakanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulutpertengkaran
pilih kasihmemberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukurperempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilintidak tahan terkena panas matahari
putih hatiikhlas; jujur
putih matamengalami kekecewaan
rabun ayampenglihatan yang kurang jelas
rambang matasukar membuat pilihan
ringan tangansuka membuat kerja: menolong orang
sampai hatitergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarangmembuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbukamenyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jeringorang yang kedekut
tawar hatitidak mempunyai minat lagi
tebal mukatidak tahu malu
telinga kualitahan hati menerima kemarahan
telinga lintahtajam pendengaran
telinga nipiscepat marah atau meradang
terang hatimudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayamtidur yang tidak nyenyak
tin kosongbercakap besar tanpa ilmu
titik peluhhasil usaha yang bersungguh-sungguh

RAHSIA TATABAHASA


Rahsia 1 : antara = bukan tempat, masa, manusia, perbandingan / dua pihak diantara = tempat

Betul
Salah
Antara hobinya ialah …….
Di antara hobinya ialah …….
Anatara kedua-duanya…….
Di antara kedua-duanya
Anatara satu sama lain
Di antara satu sama lain






Rahsia 2 : di dalam = ruang, lubang , tempat / dalam = abstrak


Betul
Salah
di dalam lubang itu
dalam lubang itu
Di dalam longkang
Dalam longkang
Di dalam bilik mesyuarat
Dalam bilik mesyuarat
Dalam hatinya
Di dalam hatinya
Dalam fikirannya
Di dalam fikirannya


Rahsia 3 : Hendak makan apa ?

Betul
Salah
Makan pisang goreng
Makan goreng pisang
Makan ayam bakar
Makan bajar ayam
Makan sos cili
Makan cili sos
Makan cili padi
Makan padi cili


Rahsia 4 : ia = orang = dia bukan untuk binatang atau benda

Betul
Salah
Saya akan ke Ipoh atau ke Johor esok
Saya akan ke Ipoh atau  Johor esok
Hadiah ini untuk ayah bukan untuk kamu
Hadiah ini untuk ayah bukan  kamu


Rahsia 5 : ‘ se ‘ mesti diulang 2 kali, Tanpa ‘se’ tidak perlu 2 kali.

Betul
Salah
Dari semasa ke semasa
Dari masa ke semasa
Dari sehari ke sehari
Dari hari ke sehari
Dari bulan ke bulan
Dari bulan ke sebulan


Kesalahan ayat


  1. Rumus ayat pasif dengan pelaku ketiga ditandai oleh awalan di :
    • Tidak ada apa yang mereka risaukan waktu itu.
    • Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang dia sendiri menetapkan.
    • Semuanya dia kenal.
    • Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana puncanya.
  2. Jawapan sepatutnya:
    • Tidak ada apa yang 'dirisaukan (perkataan "oleh" jika tidak diletakkan juga betul)'waktu ini.
    • Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang 'ditetapkan oleh dia'.
    • Semuanya dikenal oleh dia'.
    • Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang'tidak tahu oleh dia'dari mana puncanya.
  3. Kata ganti diri pertama dengan kata kerja pasif disisipkan kata lain:
    • Bola ini 'ditendang oleh saya'.
    • Makanan ini kamu telah makan' ?
    • Segala perubahan yang berlaku 'kita akan menghadapi' sama-sama.
  4. Jawapan sepatutnya:
    • Bola ini saya tendang' .
    • Makanan ini 'telah kamu makan' ?
    • Segala perubahan yang berlaku 'akan kita hadapi' sama-sama.
“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”:
1.     
    • Contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
    • (Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
    • Salah:
    • Cili sos
    • Mini perpustakaan
    • Zaleha Restoran
    • Jaya Klinik
    • Betul:
    • Sos cili
    • Perpustakaan mini
    • Restoran Zaleha
    • Klinik Jaya
Kesalahan frasa dan kata
Kesalahan umum dari segi Kata jamak
1.     
    • Salah:
    • mereka-mereka
    • semua kereta-kereta
    • para-para pelajar
    • empat orang abang-abang
    • Betul:
    • mereka
    • semua kereta
    • para pelajar
    • empat orang abang
Kesalahan umum dari segi Kata penguat
1.     
    • Salah:
    • paling indah sekali
    • Betul:
    • sangat tinggi
    • sungguh jauh
    • paling indah
    • amat menakutkan /amat menakutkan sekali / sangat menakutkan sekali / sungguh menakutkan sekali
Kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat
1.     
    • Salah:
    • Sani mendapat markah yang tertinggi sekali / tersungguh tinggi.
    • Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
    • Betul:
    • Sani mendapat markah yang tertinggi .
    • Hassan ialah peserta yang termuda / teramat muda / tersangat muda dalam pertandingan itu.
Kesalahan umum dari segi Kata hubung
1.     
    • Salah:
    • Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
    • Badannya besar kecuali kakinya kecil.
    • Betul:
    • Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
    • Badannya besar tetapi kakinya kecil.
Kesalahan umum dari segi Kata bilangan
1.     
    • Salah:
    • Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
    • Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
    • Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
    • Betul:
    • Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
    • Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
    • Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Kesalahan umum dari segi Kata Sendi
i - Dari
1.     
    • Salah:
    • Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
    • Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
    • Betul:
    • Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
    • Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
ii - Daripada
1.     
    • Salah:
    • Tilam itu dibuat dari getah asli.
    • Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
    • Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
    • Betul:
    • Tilam itu dibuat daripada getah asli.
    • Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
    • Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
iii - Pada
1.     
    • Salah:
    • Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
    • Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
    • Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
    • Betul:
    • Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
    • Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
    • Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.
iv - Di
1.     
    • Salah:
    • Saya dilahirkan diSarawak.
    • Ayah awak bekerja dimana ?
    • Betul:
    • Saya dilahirkan di Sarawak.
    • Ayah awak bekerja di mana ?
Kesalahan umum dari segi Penjodoh bilangan
1.     
    • Salah:
    • Setiap orang pelajar.
    • Sesetengah orang rakyat.
    • Seluruh buah negeri.
    • Semua ekor binatang.
    • Beberapa pelajar.
    • Betul:
    • Setiap pelajar.
    • Sesetengah rakyat.
    • Seluruh negeri.
    • Semua binatang.
    • Beberapa orang pelajar.
Kesalahan umum dari segi Kata ganti diri
1.     
    • Salah:
    • Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
    • Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
    • Betul:
    • Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
    • Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
Kesalahan umum dari segi Kata adjektif
1.     
    • Salah:
    • Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat.
    • Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya.
  1. Betul:
    • Masakan yang dihidangkan oleh ibunya 'lazat benar.
    • Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.
Kesalahan umum dari segi Kata kerja transitif
1.     
    • Salah:
    • Ibu sedang jahit baju kurung.
    • Ayah selalu cuci keretanya.
    • Betul:
    • Ibu sedang menjahit baju kurung.
    • Ayah selalu mencuci keretanya.
Kesalahan umum dari segi Ayat pasif
1.     
    • Salah:
    • Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
    • Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
    • Betul:
    • Cerpen itu telah saya karang.
    • Latihan itu mesti kaubuat.
Kesalahan umum dari segi Kata tanya
1.     
    • Salah:
    • Kamu berasal dari manakah ?
    • Apa nama pengawas itu ?
    • Bila ayah akan pulang ?
    • Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
    • Betul:
    • Kamu berasal dari mana ?
    • Siapakah nama pengawas itu ?
    • Bilakah ayah akan pulang ?
    • Binatang peliharaan awak bernama apa ?
Kesalahan umum dari segi Ejaan
1.     
    • Salah:
    • Kucing itu tidur dibawah meja.
    • Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.
    • Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
    • Ibubapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
    • Orangtua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
    • Betul:
    • Kucing itu tidur di bawah meja.
    • Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
    • Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
    • Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
    • Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.
Kesalahan umum dari segi Kata Ganti Diri
1.     
    • Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
    • Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
    • Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
    • Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
    • Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
    • Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
    • Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
    • Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi kamu-kamu, anda-anda, mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
    • Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
    • Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
    • Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya. Misalnya:
    • Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
    • Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
    • Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.
Kesalahan umum dari segi Kata Bilangan
    • Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
    • Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh #* Kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a)*Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
   Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. (betul)
(b)*Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
   Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
(c)*Kedua orang itu anggota polis. (salah)
   Kedua-dua orang itu anggota polis. (betul)
(d)*Berbagai usul dikemukakannya. (salah)
   Berbagai-bagai usul dikemukakannya.(betul)
1.     
    • Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
   Para-para peserta sedang berbaris.(salah)
   Para peserta sedang berbaris. (betul
1.     
    • Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
   Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
(b) Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
   Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
Kesalahan umum dari segi Penjodoh Bilangan
1.     
    • Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
    • Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:
(a) Para orang pelajar (salah)
   Para pelajar (betul)
(b) segala ekor binatang (salah)
   segala binatang (betul)
(c) sekalian orang peserta (salah)
   sekalian peserta (betul)
(d) seluruh buah negari (salah)
   seluruh negeri (betul)
(e) semua orang gadis (salah)
   semua gadis (betul)
Kesalahan umum dari segi Kata Sendi
1.     
    • Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
    • Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
(a) Ravi suka durian. (salah)
   Ravi suka akan durian. (betul)
(b) Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
   Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
(c) Abang sudah pergi pejabat.(salah)
   Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
(d) Kita mesti hormat guru. (salah)
   Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)
(e) Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
   Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
1.     
    • Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
(a) Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada) (b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan) (c) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari) (d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari) (e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari) (f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di) (g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan) (h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di) (i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di) (j) Buku itu sudah saya pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke) (k) Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan) (l) Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara-saudari berikan. (bukan * diatas)